DIY KERETA : Menjaga Bateri kereta?

Ok ramai yang dah pakai kereta sekarang , tengok je la kata IPG aku nie , penuh dengan kereta baru , ada saga FL , ada myvi dan banyak-banyak lagi . Tu dah tunjuk betapa makmurnya bumi Malaysia ini huhu , aku tak pe pakai pun kereta otai dan kena bayar bulan-bulan , nasib baik dah habis bayar . So pakai je la kereta nie sampai aku dapat master , baru la nak pakai kereta lain huhu . Dah-dah intro bukan main panjang .

Jangan main pakai je, kereta ni cam awek jugak , kalau kita jaga dia dia jaga kita jugak . Nampak remeh tapi penting tau. Jangan dah kena baru terhegeh cari orang

Ok bateri kereta ada dua jenis iatu sel kering dan sel basah. Ciri-cirinya adalah seperti di bawah:

Bateri kering:
-tak payah isi air bateri
-tahan dua tahun
-payah nak kong dalam tempoh setahun

Bateri basah
- kena buat maintenance steiap dua minggu
- kena isi air
-boleh cas semula
-pandai jaga leh tahan 3 tahun
-tak pandai jaga bawah setahun dah kong

Cara penjagaan bateri :
pastikan kepala bateri dan soket itu sentiasa bebas daripada kulat hijau tau kelapuk serta bau haprak

Pastikan aras air bateri berada di tahap antara max dan min tu. Kalau bawah MIn tambah. Tapi jangan lebih paras max 

Hah ini lah rupa air bateri yang disayangi. Harga bawah dua ringgit kat supermarket biasa pun ada 
Bukak tudung bulat2 atas bateri tu and Tuang secukup rasa jangan sampai melimpah ruah
kalau nak tinggal kereta lelama better cabutla kepala bateri tu. Biasanya pakai sepana 10 . Belilah sebiji nie dalam bonet kosong penuh dengan kasut je.

Simptom Bateri lemah :
-Nak start enjin payah
-tak hidup teruih
-lampu boleh nyala walaupun enjin tak leh nak start

Apa nak buat?
-jumper dengan kereta lain , Pastikan bateri sama saiz , jangan kancil nak jumper waja pulak
-tolak ( masuk gear dua atau tiga atau reverse ,tekan clutch , tolak lelaju and lepas clutch) manual sahaja tau
-kalau bateri anda lemah sangat , semua cara dia atas takkan berkesan , oleh itu anta kedai bateri cakap nak cas , dalam 5 hinggit je dia cas .
-ada bateri yang dah kong dah so kuar duit dalam seratus setengah beli bateri baru

Sama-sama kita belajar dan amalkan yer..Untuk kita-kita ajer.

1 comments:

lala said...

uit uit..terasa cheqqq.....hahahh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...